Thursday, April 9, 2009

Set Pengeluaran Tauge Automatik (SePTA)


Set Pengeluaran Taugeh Automatik atau ringkasnya SePTA ialah satu sistem pembekalan air kepada biji kacang (kacang hitam, kacang merah, kacang hijau) dan membesar menjadi tauge mengikut masa yang telah ditetapkan (pelaras masa) sepanjang proses tumbesaran biji kacang tersebut.

Satu keperluan dan merupakan teknologi pengeluaran/inovasi yang mampu dimiliki oleh setiap bakal usahawan tauge.

Rekacipta asal Set Pengeluaran Taugeh Automatik (SePTA) oleh Jabatan Pertanian Malaysia yang diketuai oleh Encik Amat Khri bin Mardi, Penolong Pegawai Pertanian Kanan dari Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor merupakan inovasi penyiraman tauge dijalankan secara automatik. Set ini terdiri daripada sistem pengairan, pelaras masa, tong percambahan, santoso, saiko, dan ruang penyediaan set (tempat kurang cahaya masuk).

Inovasi SePTA:
  1. Pengurangan Kos; kos pengeluaran, penggunaan air, kos kerja penyiraman).
  2. Penjimatan Masa; jimat 1 hari pengeluaran dalam tempoh 3 hari berbanding 4 hari sebelum inovasi ini.
  3. Peningkatan hasil kerja; 1 kg biji kacang menghasilkan 9-10kg purata tauge.
  4. Kualiti baik dan sekata.



PROSES PENGELUARAN TAUGE


1. Basuh biji benih kacang hitam / hijau 2 - 3 kali sehingga bersih.
2. Rendam 6 - 8 jam dalam larutan santoso 8 - 10 ml bagi 5 liter air.
3. Tos dan gaulkan dengan siako 20 - 50 gm (1 kg benih kacang) selama 10 – 12 jam.
4. Siram dengan air yang bersih dan masukkan ke dalam tong percambahan.
5. Siraman air automatik sahaja selama setiap 90 minit – 5 minit siram (64 kali siraman) selama 4 hari.
6. Tauge cukup matang (selama 4 hari).
7. Basuh tauge dan asingkan kulit biji benih.
8. Timbang dan bungkus sedia untuk dijual.

OPERASI SEPTA

Secara ringkasnya, operasi SePTA adalah seperti berikut:-

  1. Sambungkan sistem pengairan SePTA kepada paip bekalan air rumah.
  2. Laraskan kekerapan dan ulang siraman (watering time No. 1, watering cycle No. 2 (maksudnya: Siraman selama 5 minit setiap 90 minit).
  3. Pasangkan 2 biji bateri 9V.
  4. Tekan butang operasi (di bahagian bawah 'timer').
  5. Pastikan penunjuk kawalan berada di tengah (auto).
  6. Siraman berlaku mengikut pelarasan (tempoh menyiram: 5 minit setiap 2.0 kg kacang).

KOS FABRIKASI (semasa di WP Labuan)
  • Pelaras masa - RM 680.00
  • Sistem pengairan - RM 350.00
  • Santoso - RM 130.00
  • Siako - RM 45.00
  • Tong Percambahan - RM 200.00
  • GI Stand - RM 265.00
        Jumlah Kos RM 1,670.00 


Kos Tambahan sebanyak RM 200.00 ke Kota Kinabalu, Sabah.


Keterangan lanjut hubungi Tangkalau Agrotech (Labuan), 019-871 1495

11 comments:

  1. Very interesting. Kalau bisa tolong posting ttg ini yg lebih detail.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana ingin mengetahui lanjut ttg taugeh. sya usahakan supaya martha dpt info yng lebih dalam. emelnya

    ReplyDelete
  3. saya adalah pengusaha tauge juga.saya sedang mendalami cara mengekspor tauge ke luar daerah ataupun ke LN.masalahnya terletak pada daya tahan kesegaran tauge itu.ada saran?
    total kacang hijau yg saya gunakan 125-150kg/hari.

    ReplyDelete
  4. Slash, ketahanannya memang dlm 1 minggu jika disimpan hawa dingin. wow hasil keluarannya mmg lumayan kalau 150kg/hr. Set ni boleh keluar 10kg/tong@1kg kacang. Jika guna kacang hitam lagi berat.

    ReplyDelete
  5. ANDA INGIN JADI USAHAWAN TAUGEH SEGAR ?

    TAK TAHU NAK TANAM TAUGEH ?

    TIADA ASAS PERTANIAN TENTANG TAUGEH ?

    KAMI AKAN MEMBANTU ANDA UNTUK BERJAYA.

    TIDAK PERLU KURSUS ATAU HADIRI SEMINAR TENTANG TAUGEH,

    JIMAT MASA DAN WANG ANDA.

    UNTUK MAKLUMAT SELANJUTNYA SILA HUBUNGI EN. AZIZ H/P : 019 - 4647690

    ATAU SILA LAWATI HTTP://TAUGEHMODEN.WEEBLY.COM

    ReplyDelete
  6. Nama: zack
    Email: ztgv@yahoo.com
    Tarikh 2011-03-27 22:15:31
    AWAS !!!!!! DENGAN INDIVIDU INI. NAMA : MUHAMMAD RUHAIFI BIN ABD. RAHMAN , NO H/P BELIAU 012 - 9651032 DAN 019 - 9712675 BERALAMAT DI NO 17 , RUMAH AWAM KOS RENDAH KG. PAGAR BESI , BATU RAKIT , TERENGGANU. BELIAU JUGA MERUPAKAN PENGARAH SYARIKAT RUFINA HIRUDO AGROTECH ENTERPRISE YANG GIAT MENGIKLANKAN PROGRAM USAHAWAN TAUGEH ORGANIK RM7500 SEBULAN DI LAMAN - LAMAN WEB PERCUMA. INDIVIDU INI SERING MENJANJIKAN BERBAGAI - BAGAI PROMOSI SERTA MENGANJURKAN KURSUS - KURSUS TAUGEH ORGANIK DI HOTEL - HOTEL TERKEMUKA SEPERTI DI VISTANA HOTEL ( 12HB , 19HB DAN 27HB MACH 2011) DAN HOTEL SERI MALAYSIA ( SERI MALAYSIA SEREMBAN 13HB.MAC 2011 ).HAKIKATNYA SEMUA KURSUS - KURSUS ITU TIPU BELAKA. BELIAU JUGA MEMPERGUNAKAN NAMA KEMENTERIAN PERTANIAN DAN FAMA DIDALAM IKLAN BELIAU BAGI MENARIK MINAT ORANG RAMAI MENYERTAI PROGRAM USAHAWAN ORGANIK NYA. KEMENTERIAN PERTANIAN DAN FAMA JUGA MENGESAHKAN SYARIKAT INDIVIDU INI TIADA KAITAN LANGSUNG DENGAN PIHAK KEMENTERIAN . !!!! AWAS RAKAN AGRO SEMUA !!!! INDIVIDU INI JUGA TIDAK PERNAH MELETAKKAN ALAMAT SYARIKAT BELIAU DI DALAM SEMUA IKLAN BELIAU. APA SEBAB NYA BELIAU TIDAK BERANI MEMAPARKAN ALAMAT SYARIKAT BELIAU DALAM IKLAN BELIAU. INDIVIDU INI HANYA MEMINTA ORANG RAMAI YANG INGIN MEMBELI SISTEM TAUGEH ORGANIK SYARIKAT BELIAU MEMASUKKAN WANG KE DALAM AKAUN BSN SYARIKAT BELIAU. ATAU TERUS KE AKAUN MAYBANK DAN CIMB BELIAU SENDIRI. DARI SUMBER YANG SAYA PEROLEHI , INDIVIDU YANG BERNAMA MUHAMMAD RUHAIFI BIN ABD. RAHMAN , BERALAMAT DI NO 17 , RUMAH AWAM KOS RENDAH KG. PAGAR BESI , BATU RAKIT , TERENGGANU IAITU PENGARAH SYARIKAT RUFINA HIRUDO AGROTECH ENTERPRISE TELAH MEMBELI SATU SET SISTEM LENGKAP TANAM TAUGEH SIRAMAN AUTOMATIK DARIPADA SEBUAH SYARIKAT BUMIPUTRA DI UTARA TANAH AIR PADA BULAN FEB YANG LALU. BERKEMUNGKINAN BESAR BELIAU TELAH MENCIPLAK PRODUK SYARIKAT TERSEBUT DAN MENGAMBIL KESEMPATAN ITU UNTUK MENIPU ORANG RAMAI YANG BERMINAT UNTUK JADI USAHAWAN TAUGEH. DENGAN PENDEDAHAN INI SAYA BERHARAP ORANG RAMAI AKAN LEBIH BERHATI - HATI DENGAN INDIVIDU INI AGAR TIDAK MENJADI MANGSA PENIPUAN NYA. SEKIAN , T.KASIH


    Nama: Encik Jaafar
    Email: tour964@yahoo.com
    Tarikh 2011-03-27 22:53:07
    Terima kasih en. zack di atas pendedahan tentang penipuan syarikat rufina hirudo itu . Saya pun dah rasa macam tertipu dengan mereka. Saya dah bank in duit kat mereka pada dua minggu yang lalu , tapi sampai sekarang ini saya belum terima set taugeh organik yang dijanjikan. Dah le alamat mereka saya tidak tahu , saya call pun dia orang tak jawab. Rakan Agro semua ... semuga anda semua berhati hati dengan syarikat rufina hirodu ini.

    ReplyDelete
  7. Kat mana ada jual santoso dan siako

    ReplyDelete